🤲
Doa Selepas Bacaan Yasin
1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ
Bismillahir-rahmaanir-rahiim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Alhamdu lillahi rabbil 'aalamiin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
3
حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ
Hamdan yuwaafii ni'amahu wa yukaafi'u maziidah.
Pujian yang memenuhi nikmat-Nya dan mencukupi tambahan-Nya.
4
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Ya rabbana lakal hamdu kamaa yambaghii lijalaali wajhika wa 'aziimi sulthaanik.
Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian sebagaimana yang layak bagi keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.
5
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحمدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma shalli wa sallim 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihi ajma'iin.
Ya Allah, berikanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga, dan para sahabat baginda semuanya.
6
اَللَّهُمَّ بِحَقِّ يٰسۤ وَالْقُرْآنِ الْحَكِيْمِ
Allahumma bihaqqi Yaasiin wal-Qur'aanil hakiim.
Ya Allah, dengan hak (kemuliaan) Surah Yaasiin dan Al-Quran yang penuh hikmah,
7
وَبِمَنِ اخْتَرْتَهُ بِالرِّسَالَةِ وَالنُّبُوَّةِ وَالْوِلَايَةِ وَالْهِدَايَةِ إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ
Wa bimanikhtartahu bir-risaalati wan-nubuwwati wal-wilaayati wal-hidaayati ilaa siraatikal mustaqiim.
Dan dengan (kemuliaan) orang yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, perwalian dan petunjuk ke jalan-Mu yang lurus,
8
وَبِجَمِيْعِ مَا جَاءَ بِهِ مِنْكَ جِبْرِيْلُ تَنْزِيْلَ الْعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ
Wa bijamii'i maa jaa-a bihi minka Jibriilu tanziilal 'aziizir rahiim.
Dan dengan segala yang dibawa oleh Malaikat Jibril daripada-Mu, iaitu wahyu daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
9
وَبِخَوَاصِّ الْحُرُوْفِ وَالأَسْمَاءِ التَّامَّاتِ
Wa bikhawaassil huruufi wal asmaa-it taammaat.
Dan dengan keistimewaan huruf-huruf dan nama-nama-Mu yang sempurna,
10
وَبِمَا أَظْهَرْتَ فِي الْوُجُوْدِ لِكُلِّ مَوْجُوْدٍ مِنَ الآيَاتِ الْبَيِّنَاتِ
Wa bimaa azhharta fil wujuudi likulli maujuudin minal aayaatil bayyinaat.
Dan dengan apa yang Engkau zahirkan pada setiap yang wujud, iaitu tanda-tanda yang jelas,
11
وَبِخَفِيِّ لُطْفِكَ الْمُفَرِّجِ عَنْ كُلِّ مَهْمُوْمٍ
Wa bikhafiyyi lutfikal mufarriji 'an kulli mahmuum.
Dan dengan kelembutan-Mu yang tersembunyi, yang melapangkan setiap yang berdukacita,
12
الْمُخَلِّصِ لِكُلِّ مَدْيُوْنٍ
Al-mukhallisi likulli madyuun.
Yang membebaskan setiap yang berhutang,
13
يَا مُجْرِيَ الْبِحَارِ وَالْعُيُوْنِ
Yaa mujriyal bihaari wal 'uyuun.
Wahai Yang Mengalirkan lautan dan mata air.
14
يَا مَنْ خَزَائِنُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّوْنِ
Yaa man khazaa-inuhu bainal kaafi wan-nuun.
Wahai Tuhan yang khazanah perbendaharaan-Nya berada di antara huruf Kaf dan Nun (membentuk kalimah "Kun" yang bermaksud "Jadilah"),
15
وَعَلِمَ بِمَا كَانَ قَبْلَ أَنْ يَكُوْنَ
Wa 'alima bimaa kaana qabla an yakuun.
Dan yang mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ia terjadi,
16
وَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تَسْلُكَ بِنَا جَادَّةَ رِضَاكَ
Wa nas-aluka Allahumma an tasluka binaa jaaddata ridhaak.
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, agar Engkau bimbing kami ke jalan keredhaan-Mu,
17
وَأنْ تَجْعَلَنَا أَهْلاً وَمَحَلاًّ لِسَعَادَتِكَ وَغِنَاكَ
Wa an taj'alanaa ahlan wa mahallan lisa'aadatika wa ghinaak.
Dan agar Engkau jadikan kami layak dan tempat bagi kebahagiaan dan kekayaan-Mu,
18
وَأنْ تُيَسِّرَ لَنَا جَمِيْعَ الْمُرَادَاتِ وَالْمَطَالِبِ
Wa an tuyassira lanaa jamii'al muraadaati wal mathaalib.
Dan agar Engkau permudahkan bagi kami segala hasrat dan tuntutan kami.
19
وَأَنْ تَجْعَلَ رِضَاكَ عَنَّا خَيْرَ مُصَاحِبٍ لَنَا وَرَفِيْقٍ
Wa an taj'ala ridhaaka 'annaa khaira musaahibin lanaa wa rafiiq.
Dan jadikanlah keredhaan-Mu terhadap kami sebaik-baik peneman dan sahabat kami,
20
وَأَنْ تُتْحِفَنَا بِالْجَلَالَةِ وَالْمَهَابَةِ
Wa an tuthifanaa bil jalaalati wal mahaabati.
Dan kurniakanlah kepada kami keagungan dan kewibawaan,
21
وَأَنْ تَمُنَّ عَلَيْنَا بِسُرْعَةِ الإِجَابَةِ
Wa an tamunna 'alainaa bisur'atil ijaabah.
Dan limpahkanlah kepada kami kemustajaban doa yang segera.
22
اِسْتَجِبِ اللَّهُمَّ دُعَاءَنَا وَحَقِّقْ فِيْكَ رَجَاءَنَا
Istajib Allahumma du'aa-anaa wa haqqiq fiika rajaa-anaa.
Perkenankanlah, ya Allah, doa kami dan benarkanlah harapan kami pada-Mu.
23
وَأَدْخِلْنَا فِي حِرْزِ لُطْفِكَ الْمَصُوْنِ
Wa adkhilna fi hirzi lutfikal masuni.
Dan masukkanlah kami ke dalam benteng perlindungan kelembutan-Mu yang terpelihara,
24
بِسِرِّ قَوْلِكَ
Bisirri qaulik.
Dengan rahsia kalimah-Mu —
25
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُوْلَ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ
Innamaa amruhu izaa araada syai'an an yaquula lahu kun fayakuun.
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah dengan berkata kepadanya: "Jadilah!" maka jadilah ia.
26
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوْتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ
Fasubhaanal-lazii biyadihi malakuutu kulli syai'in wa ilaihi turja'uun.
Maka Maha Suci Tuhan yang di tangan-Nya kerajaan segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.
27
سُبْحَانَ الْمُنَفِّسِ عَنْ كُلِّ مَهْمُومٍ
Subhaanal munaffisi 'an kulli mahmum.
Maha Suci Tuhan yang melegakan setiap yang berdukacita,
28
سُبْحَانَ الْمُنَفِّسِ عَنْ كُلِّ مَدْيُوْنٍ
Subhaanal munaffisi 'an kulli madyuun.
Maha Suci Tuhan yang meringankan setiap yang berhutang,
29
سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا
Subhana man amruhu iza aroda shai an.
Maha Suci Tuhan yang urusan-Nya, apabila Dia menghendaki sesuatu,
30
أَنْ يَقُوْلَ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ
Ai yaqulalahu kun fayakun.
Hanyalah Dia berkata kepadanya, "Jadilah!" maka jadilah ia.
31
يَا مُفَرِّجَ الْهُمُوْمِ، يَا مُفَرِّجُ فَرِّجْ
Ya mufarrijal humum, ya mufarriju farrij.
Wahai Yang Melapangkan segala kesusahan, wahai Yang Melapangkan, lapangkanlah,
32
يَا مُفَرِّجُ فَرِّجْ
Ya mufarriju farrij.
Wahai Yang Melapangkan, lapangkanlah,
33
فَرِّجْ عَنَّا هُمُوْمَنَا يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Farrij 'anna humumana ya hayyu ya qayyum.
Lapangkanlah daripada kami segala kesusahan kami, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Berdiri Sendiri (mentadbir sekalian alam),
34
يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Ya zal jalali wal ikram.
Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
35
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wa shallallahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihi wa sallam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat baginda,
36
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Wal hamdu lillahi rabbil 'aalamiin.
Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Susunan doa ini adalah antara versi yang lazim diamalkan selepas bacaan Surah Yasin di Malaysia. Disyorkan agar diselak semula dengan buku Yasin atau rujukan tempatan anda untuk pengesahan tambahan.